Sunday, December 11, 2011

resault dah nk kluar......!!!!

assalamualaikum....
lama dah sy x update blog ni....hari ni sy nak citer benda yg ade brsngkut paut dengan pmr....walaupn dah lama pmr brlalu tetapi rasa macam semalam ja baru habis paper bahasa arab....he3...sy tau kamu semua(budak f3) mesti ada semua rasa ni cuak, takut, gementar, yakin dapat 8 or 9 a, dan banyak lagi perasaan lain...dan sy yakin parent or sibling korang semua mesti ada cakap nak bagi ganjaran kat korang kalau dp resault baik kn or resault yg cemerlang...sama la dgn sy...but, buat masa ni baru sorg la yang deal degan sy nak bagi hadiah...orangnya adalah abang sy...abg na`eem....dia deal dengan sy kalau sy dapat resault elok dia nk bagi sy 50 pound(bersamaan 250 ringgit malaysia)hehehe...mesti ada diantara parent or sibling korang cakap kalau dpt resault elok mintak ja apa  korang nak...kalau ada orang yang offer sy macam tu sy nak mintak dua benda ja...dua benda ni idaman sy...

firstly ialah kasut asic gel-rocket 4 BN853

yang ni
                                                                                   or

yang ni
sy teringing sangat nak memiliki kasut ni...tapi antara dua warna ni saya lebih berminat nak ambil warna merah...lagi style kot...hehehe...kalau la dapat kasut ni sebagai hadiah....peeeerrrhhhh sy la orag yang paling bersyukur(insyaallah)...

barang kedua ialah handphone samsung galaxy young...

ha...kalau sy dapat henset ni kan best...ada android...kalau saya dapat henset ni insyaallah saya akan jaga dia baik2...hense ni harga pasaran sekarang RM 499...hehehe...sy kalau minat sesuatu sy akan cari information pasal benda tu sampai dapat....

tapi kalau disuruh pilih antara dua sy lebih rela pilih kasut...ye la dalam lingkungan umur macam sy ni henset mahal2 bukan la penting sangat...tapi kalau kasut tu penting la.....hehehe....

harap2 impian sy tercapai...
k la sy nak tido dulu...
nak mimpi pasal hadiah2 kat atas ni....
k la pray 4 me...
i hope i will get very very good resault...
assalamualaikum...

Saturday, November 26, 2011

kasarnya tapak tangan ibu.....

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."
Pengurus itu  bertanya lagi, "Jadi  adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah  meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."
Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."
Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.
Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"
Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."
Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.
Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.
Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.
Lama-kelamaan  gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.
Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya  yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.
Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.
Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"
Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."
Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"
Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti  betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."
 
Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."
Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.
Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.
Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

Thursday, November 24, 2011

kenapa???

sejak dua menjak ni aku rsa lain macam je...hati tak tenang fikiran tak lapang, cepat tension dan cepat sangat ubah mood....apa yang harus aku lakukan...apa yang aku selalu fikirkan...aku rasa macam hidup aku tak bermakna...baru2 ni aku baru ja hilang sahabat aku yang selalu aku bersama dia di sisi waktu dekat sekolah...sekarang aku rasa macam kehilanggan semua kawan sekolah rendah aku yang aku sayang...kenapa????aku selalu fikir kenapa orang lain susah nak faham isi hati aku tapi orang lain selalu nak aku faham isi hati dia...apa yang diorang nak aku ikot je...tapi bila aku mntak tolong sikit selalu sangat aku kena suruh buat sendiri...aku tau aku ni tak layak untuk merdiri di atas muka bumi yang tersergam indah ni...sebenarnya aku tak mintak korang haragai apa yang selama ni aku buat cuma aku nak korng fahami la hati aku...bila aku ada masalah, aku harap korang ada kat sisi aku...aku selalu carering dengan korang tapi bila aku perlukan korang, korang selalu cakap ada hal...bila korang mintak aku tolong top up kan aku tolong ..tapi bila aku mintak korang spent time sikit korang dah mengeluh...dekat matri(sklh mnengah) aku ingat boleh jumpa sahabat yang sebenar, tapi kawan aku yang aku anggap sahabat karib aku dia sendiri cakap aku tak faham apa makna sahabat...kalau betul aku tak tahu terangkan la apa makna sahabat karib...kenapa aku selalu jadi mangsa keadaan...aku ingat balik rumah kawan2 lama budak sktm(sklh rendah) boleh teman aku dikala suka dan duka...tapi tu hanya tinggal angan2 je...hhhhhhhmmmmm....

sorry la sebab post kali ni sikit emosi ...
tension sangat....

Monday, November 21, 2011

Hang out with my old friend...













Ingatkan nak update post ni semalam...tapi nak buat macam mana mak aku nak guna lattop.so, aku update la post ni malam ni....semalam aku rasa agak seronok la sebab dapat keluar jalan dengan kawan lama aku. malam sebelumnya aku suruh kawan2 aku tidur awal sebab esoknya nak gerak awal...tapi aku yang bangun lambat...lepas solat subuh aku sambung tidur sedar2 je dah pukul 9.50 a.m kesian diorang tunggu kat luar rumah aku berapa lama aku pun tak tahu...lepas mandi aku terus salam mak aku, bapak aku kat kedai dobi keluarga aku...aku bukak je pintu tengok kawan2 aku dah tunggu lama kat luar rumah..kesian bapak syukri arifin kena tunggu lama...hehehe...tapi tu tak kesah la sangat yang aku kesahnya bila mata aku serius nampak macam orang baru bangun tidur...aku punya la usaha gosok mata tak nak kasi nampak macam orang baru bangun tidur...tapi last kali mata aku segar macam matahari terbit....jalan punya jalan aku terberhenti kat satu kedai spek mata aku tertarik dengan satu spek mata bingkai dia warna hitam so aku beli la...and than we continue our destination...jalan la pusing satu dataran pahlawan kemudia kita orang dah penat dan lapar so, kami berhenti di sebuah kedai makan nasi campur...hehehe...diorg ajak makan dekat kfc tapi aku ajak makan dekat nasi campur je...so lepas habis minum dan makan kami sambung berjalan....aku pun tanya diorang pukul berapa sekarang diorang cakp pukul 2.35p.m so aku ajak la solat zuhur dulu...habis je solat aku nampak dekat dengan surau ada ikan jerung dalam aquarium..ikan jerung kecik je...aku tengok jela dari jauh kalau nak masuk kene bayau...kami berjalan pusing2 mahkota parade dan dataran pahlawan sampai la masuk waktu asar kteorang solat and than shot balik rumah aku....hehehe....lepas tukar baju aku pun terus shoot...shoot kemana?????kemana lagi pergi jogging la....abis pusing 5,6 round aku balik rumah dengan dak asyraf andri pergi ambil basikal sebab nak pergi kedai depan abang aku suruh belikan air susu sebab dia kurang sihat...dalam perjalanan pulang aku terserempak dengan budak taman aku juga, afif namanya dia ajak kami jalan2 naik basikal...lepas aku letak air susu tu kat dalam rumah kami pun bergerak la bersama2 menunggang basikal...berapa lama dah aku tak jalan2 naik basikal dengan diorang...rindu sangat saat2 kecil2 dulu...dalam pukul 6 suku kami pun balik rumah masing2 nak bersiap solat maghrib....

Wednesday, November 16, 2011

bermalam sebentar bersama amani

assalamualaikum dan salam sejahtera....
alhamdulillah, hari ini kedai dobi bapak aku off day tapi kami still berkerja menghabiskan apa yang tak habis buat lagi macam iron baju ke dan lain-lain...hari ni aku balik rumah awal sbab baju semua dah habis iron pukul 3 lebih...aku balik rumah pukul 5ptg..hari tu 2 hari aku jadi bos ganti bapak aku, sebab bapak aku pergi ziarah abang aku nak ambil spm kat sekolah aku kat perlis...aku jadi cuak doo bila kira2 balik duit tak cukup...tapi aku ambil tu sebagai pengalaman...hari ni mak aku  bawak balik anak saudara aku. susah sangat nak berhentikan dia daripada menangis sampai mak aku belikan dia kit kat...senyap terus...lepas tu bila dah sampai rumah die dah berhenti nangis...dia happy sangat aku pun join sekaki la...macam orang selalu cakap. baby ni selalu buat orang gembira bila tengok dia senyum....tapi bila nak suruh dia tidur memang susah..macam2 aku buat..bawak dia jalan pusing dalam rumah, dukung dia, bagi dia minum susu...last kali lepas aku berfikir panjang aku bawak dia pusing dalam rumah dan kasi dia main sampai letih...lepas tu aku baring kan dia atas riba aku sambil bagi dia minum susu...lepas tu aku baring kan dia sambil tepuk dia and than dia tidur...bukan senang nak jaga budak2 kecil ni...

ni je la aku nak kongsi dengan la...
assalamualaikum dan salam sejahtera..

Friday, November 11, 2011

oh, penatnya.....

masuk hari ni dah lebih kurang seminggu aku duduk dekat dhobi station(dobi keluarga aku) dari pagi sampai malam. tapi  kekadang aku fikir balik kalau aku tak tolong abah aku kat dobi sapa nak tolong dia. tak kan nak harapkan pekerja yang lagi dua tiga hari lagi nak berhenti kerja sebab cuti semester dah habis. malam tadi tengah OTW balik rumah aku berbual dengan abah aku fasal macam2 benda. aku kalau balik rumah selalu spent kan beberapa minit untuk berbincang dengan abah aku fasal aku ataupun fasal famili aku. aku harap abah aku dapat pertimbangkan dan bincang dengan umi aku apa yang aku cakap. aku cakap dengan abah aku fasal hubungan kita semua dengan Allah dan niat kita bukak dobi untuk apa.semua orang tahu yang dobi ni satu daripada cabang perniagaan, dan kita semua tahu berniaga tu sunnah  Rasulullah. so, aku cakap dengan abah aku walaupun kita sibuk macam mana sekali pun kena ingat insyaallah Allah bantu orang yang membantu agamanya. aku bukannya apa sejak kami bukak kedai dobi setiap hari semua ahli keluarga aku tak ada dekat rumah, ada pun waktu malam. jiran tetangga pun dah lama tak ziarah.sampaikan aku dah balik melaka pun diorang tak tahu yang aku dah balik. setiap hari ada dekat dobi macam mana nak spent time dengan diorang.  maklum la korang pun fahamkan kerja dekat dobi macam manakan. abis satu pelanggan, pelanggan lain hantar baju pulak. tapi bagi kami tu la rezeki kami lagi banyak baju lagi melimpah luah la rezeki kami. aku harap Allah melimpah luahkan rezeki kami satu keluarga.....

okey la, aku nak tidur esok nak bangun solat subuh dan siap2 pergi dobi...
assalamualaikum dan selamat pagi....heheheh...
sekarang dah pukul 1:50 a.m la....
caucincau.....

Wednesday, November 9, 2011

sains teras ke sains sosial????

salam sejahtera semua...

hari ni aku pening dan tidak sedap hati la...kenapa????kalau korang tanya kenapa sebabnya ialah resault pmr dah nk keluar la....dan aku tak tahu nak pilih kelas sains teras ke sains sosial....ada cadangan tak????aku tengah rungsing ni...bukan nya senang nak pilih kelas mana nak masuk tahun depan...aku takot kalau salah pilih kelas masa depan aku tak cerah...dan susah nak patah balik...dan aku rungsing nak pilih sama ada jadi saintis atau pun jadi ustaz, bapak aku suruh aku jadi ustaz dia cakap lepas abis sekolah kat perlis tu sambung mana2 universiti ambil bidang usuluddin...pastu sambung belajar dekat jordan ke, mesir ke....adddoooohhhhh rungsingnye...

ok la...aku pun dah tak tau nak tulis apa dah ni...sorry coz post ni short sangat....
just want to share with you all my problem...
ok guys gerak dulu....

Saturday, November 5, 2011

kesakitan yang tak terperi...

selasa,matri perlis, malang tidak berbau, seorang pelajar kulit lututnya telah terkoyak akibat bermain bola. keinginan beliau untuk menekel pihak lawan bagi merebut sebiji bola menjadi satu detik hitam baginya. pelajar tersebut dikejarkan ke klinik kesihatan beseri. namun doktor di klinik tersebut tidak menjahit lukanya yang terkoyak besar itu...pada malamnya darah keluar mengalir bagaikan sungai rajang sewaktu air pasang..keesokan harinya pelajar tersebut dikejarkan ke hospital. doktor di hospital tenku fauziah lebih berpengalaman...doktor risau takut-takut ada patah atau keretakan dibahagian lutut..alhamdulillah tiada apa keretakan mahupun kepatahan. doktor tersebut telah menyerahkan pelajar tersebut kepada rakan nya untuk mencuci luka tersebut kemudian di jahiit..kata pelajar tersebut, "masa doktor tu nak cuci rasa pedih sangat, waktu nak kena bius lagi la sakit....tapi waktu kena jahit tak rasa apa sebab dah kena bius...".. 

berita disunting oleh peljar yang lututnya terkoyak sendiri...
hehehehe...
doakan saya cepat semboh....
selamat hari raya aidiladha.....

Saturday, September 17, 2011

KHAS UNTUK KELUARGAKU

Kepada semua ahli keluarga bj mukashah, atih nak minta maaf banyak2 kalau atih ada buat salah...pray for me every day...insyaallah i will try my best..i know that i am not clever like others, but i know that i still can prove to u all  that i'm useful for islam...lastly i hope u all will pray for me every day, every hour, every minute and every second....24 7...hehehehe...
Minggu lepas berlakunya satu kejadian kemalangan yg tak disangka....rsa bru semalam ja saya bru berbual dgn seorang drp mangsa kemalangan tersebut...malam sebelum berlakunya kemalangan tersebut saya nampak hazman berjalan sorang2 sambil usha orang lain tengah tidur..."hang tak tidur lagi ke???"saya tanya arwah."belum lagi la"arwah balas ringkas ja..kemudian saya ajak arwah tidur sebelah saya tapi dia cakap nak jalan2 dulu...esoknya selepas habis hafazan saya balik dorm selepas mandi saya tengok abg2 penolong warden tengah sebok bercakap dengan telefon.saya pelik sebab reaksi muka mereka semuanya sedang sedih dan seperti tidak boleh terima hakikat.saya tanya abg afiq hadi apa yang telah berlaku...dia jawab ringkas sambil menahan sebak"pakcik syahidan, hazman dan abg izzat bru sahaja meniggalkan kita...."saya terkejut sambil menitiskan air mata saya terduduk diatas tilam..saya lihat ramai kawan2 lain sedang menagis teresak2...semuanya berlaku dalam sekelip mata...adakah kita akan hidup selama2nya...sepatutnya kematian menjadi pengajaran kepada kita semua...ingat kita tak kan hidup selama2nya....

mari sama2 kita sedekahkan al-fatehaH kepada mangsa kemalangan dan orang2 yg telsh meniggalkan kita...

AL-FATEHAH

Thursday, August 25, 2011

i am pmr`s candidate!!!!

pejam celik, pejam celik dah nak dekat pmr dah....sekejap ja rasa...trial aku pun tak tahu mcm mna...aku harap segala usaha dan tawakal aku kat Allah berbaloi...pray 4 me...

Wednesday, June 1, 2011

kami lah ONE BATCH(19 generation of matri)

aku bersyukur sangat tahun ni walaupun aku punya pelajaran merosot tapi still ada kawan aku yang nak tolong...lagi satu aku puas ati gila dapat batch 19 matri ni...kalau korang tengok kitaorang macam adik beradik...semua satu hati....taon ni taon yang indah bagi aku...tak macam taon2 lepas...bila masok form 3 ni semua kawan2 aku dah pandai berfikir dengan elok..tak rasa nak bermusuh..kalau bergadoh sat gila la bak kata orang utara...gadoh 1,2,3 minit je...tapi aku hope benda ni berkekalan sampai kami mati...

go 0ne Batch.....!!!!!

klo korang nak tengok one yang mne bkak fb aq ada kawan aku tag 2 vid....kalau ada vid persembahan tu korang x leh nampak aku..sebab aku main alat muzik..hehehe...

epilog akhir(6) perpecahan antara kami....

izat bersendiri di kaki lima di depan kelas sendiri menyepi tanpa sebarang bunyi...hanya kedengaran bunyi kipas didalam kelas, agin yang meniup , burung2 yang berkicauan...tiba2 apit datang dari sebalik pintu kelas....

"wei kau ni pagi2 lagi dah mamun..eh silap menggelamun..asal"apit bertanya..hairan dengan perangai izat.
"eh, tak de pape la...cuma kau perasan tak ada diantara kita dah x pegang pada prinsip kita..bengang do...aku tau kau pun tau sape bdk tu...wei kalau nak kapel sekalipun agak2 ar...ni buat awek dia macam bini dia apa tah..wat macam dah kawin pulak tu...please la..."izat naik bengang dengan perangai sahabat nya..
"wei relax la..kta setel cara elok k..."apit cbe untuk menenagkan..
"bagi aku dia tu bukan kawan aku dah..aku tau aku ni jenis suka ikot emosi tapi aku dah xleh sabo dah ni...kalau kau dengan bdk lain nak setel dengan dia cara elok dipersilakan..."izat pergi dengan keadaan hatinya yang terasa sangat marah...

apit tidak boleh berkata apa2..dia memberi tahu kepada semua bff dia kecuali bdk yg dimadsotkan oleh izat..mereka terasa sperti ukhuwah yang mereka bina selama ini tidak kukuh..akhirnya mereka berpecah daripada ukhuwah yang dibina selama ini...

pmr sudah pun berlalu..izat dan lain2 still bertegur sapa kecuali bdk yang dimaksodkan oleh izat...

                          ********************The End***********************