Friday, November 11, 2011

oh, penatnya.....

masuk hari ni dah lebih kurang seminggu aku duduk dekat dhobi station(dobi keluarga aku) dari pagi sampai malam. tapi  kekadang aku fikir balik kalau aku tak tolong abah aku kat dobi sapa nak tolong dia. tak kan nak harapkan pekerja yang lagi dua tiga hari lagi nak berhenti kerja sebab cuti semester dah habis. malam tadi tengah OTW balik rumah aku berbual dengan abah aku fasal macam2 benda. aku kalau balik rumah selalu spent kan beberapa minit untuk berbincang dengan abah aku fasal aku ataupun fasal famili aku. aku harap abah aku dapat pertimbangkan dan bincang dengan umi aku apa yang aku cakap. aku cakap dengan abah aku fasal hubungan kita semua dengan Allah dan niat kita bukak dobi untuk apa.semua orang tahu yang dobi ni satu daripada cabang perniagaan, dan kita semua tahu berniaga tu sunnah  Rasulullah. so, aku cakap dengan abah aku walaupun kita sibuk macam mana sekali pun kena ingat insyaallah Allah bantu orang yang membantu agamanya. aku bukannya apa sejak kami bukak kedai dobi setiap hari semua ahli keluarga aku tak ada dekat rumah, ada pun waktu malam. jiran tetangga pun dah lama tak ziarah.sampaikan aku dah balik melaka pun diorang tak tahu yang aku dah balik. setiap hari ada dekat dobi macam mana nak spent time dengan diorang.  maklum la korang pun fahamkan kerja dekat dobi macam manakan. abis satu pelanggan, pelanggan lain hantar baju pulak. tapi bagi kami tu la rezeki kami lagi banyak baju lagi melimpah luah la rezeki kami. aku harap Allah melimpah luahkan rezeki kami satu keluarga.....

okey la, aku nak tidur esok nak bangun solat subuh dan siap2 pergi dobi...
assalamualaikum dan selamat pagi....heheheh...
sekarang dah pukul 1:50 a.m la....
caucincau.....

Wednesday, November 9, 2011

sains teras ke sains sosial????

salam sejahtera semua...

hari ni aku pening dan tidak sedap hati la...kenapa????kalau korang tanya kenapa sebabnya ialah resault pmr dah nk keluar la....dan aku tak tahu nak pilih kelas sains teras ke sains sosial....ada cadangan tak????aku tengah rungsing ni...bukan nya senang nak pilih kelas mana nak masuk tahun depan...aku takot kalau salah pilih kelas masa depan aku tak cerah...dan susah nak patah balik...dan aku rungsing nak pilih sama ada jadi saintis atau pun jadi ustaz, bapak aku suruh aku jadi ustaz dia cakap lepas abis sekolah kat perlis tu sambung mana2 universiti ambil bidang usuluddin...pastu sambung belajar dekat jordan ke, mesir ke....adddoooohhhhh rungsingnye...

ok la...aku pun dah tak tau nak tulis apa dah ni...sorry coz post ni short sangat....
just want to share with you all my problem...
ok guys gerak dulu....

Saturday, November 5, 2011

kesakitan yang tak terperi...

selasa,matri perlis, malang tidak berbau, seorang pelajar kulit lututnya telah terkoyak akibat bermain bola. keinginan beliau untuk menekel pihak lawan bagi merebut sebiji bola menjadi satu detik hitam baginya. pelajar tersebut dikejarkan ke klinik kesihatan beseri. namun doktor di klinik tersebut tidak menjahit lukanya yang terkoyak besar itu...pada malamnya darah keluar mengalir bagaikan sungai rajang sewaktu air pasang..keesokan harinya pelajar tersebut dikejarkan ke hospital. doktor di hospital tenku fauziah lebih berpengalaman...doktor risau takut-takut ada patah atau keretakan dibahagian lutut..alhamdulillah tiada apa keretakan mahupun kepatahan. doktor tersebut telah menyerahkan pelajar tersebut kepada rakan nya untuk mencuci luka tersebut kemudian di jahiit..kata pelajar tersebut, "masa doktor tu nak cuci rasa pedih sangat, waktu nak kena bius lagi la sakit....tapi waktu kena jahit tak rasa apa sebab dah kena bius...".. 

berita disunting oleh peljar yang lututnya terkoyak sendiri...
hehehehe...
doakan saya cepat semboh....
selamat hari raya aidiladha.....

Saturday, September 17, 2011

KHAS UNTUK KELUARGAKU

Kepada semua ahli keluarga bj mukashah, atih nak minta maaf banyak2 kalau atih ada buat salah...pray for me every day...insyaallah i will try my best..i know that i am not clever like others, but i know that i still can prove to u all  that i'm useful for islam...lastly i hope u all will pray for me every day, every hour, every minute and every second....24 7...hehehehe...
Minggu lepas berlakunya satu kejadian kemalangan yg tak disangka....rsa bru semalam ja saya bru berbual dgn seorang drp mangsa kemalangan tersebut...malam sebelum berlakunya kemalangan tersebut saya nampak hazman berjalan sorang2 sambil usha orang lain tengah tidur..."hang tak tidur lagi ke???"saya tanya arwah."belum lagi la"arwah balas ringkas ja..kemudian saya ajak arwah tidur sebelah saya tapi dia cakap nak jalan2 dulu...esoknya selepas habis hafazan saya balik dorm selepas mandi saya tengok abg2 penolong warden tengah sebok bercakap dengan telefon.saya pelik sebab reaksi muka mereka semuanya sedang sedih dan seperti tidak boleh terima hakikat.saya tanya abg afiq hadi apa yang telah berlaku...dia jawab ringkas sambil menahan sebak"pakcik syahidan, hazman dan abg izzat bru sahaja meniggalkan kita...."saya terkejut sambil menitiskan air mata saya terduduk diatas tilam..saya lihat ramai kawan2 lain sedang menagis teresak2...semuanya berlaku dalam sekelip mata...adakah kita akan hidup selama2nya...sepatutnya kematian menjadi pengajaran kepada kita semua...ingat kita tak kan hidup selama2nya....

mari sama2 kita sedekahkan al-fatehaH kepada mangsa kemalangan dan orang2 yg telsh meniggalkan kita...

AL-FATEHAH